Hebatnya Kuasa Bersedekah

Salam Jumaat semua,
 

Allah Maha Pemberi Rezeki, Ar-Razzaq tanpa perlu minta dari manusia lain. Cukup sekadar ikhlas bersedekah dan berdoa kepada Allah.Di harap Kisah dari pengalaman saya ini memberi inspirasi kepada anda diluar sana yang masih tercari-cari peluang dan jalan hidup yang dirasakan semakin sempit akibat daripada masalah kewangan dan sebagainya.Moga dengan kisah ini dapat memberikan lagi motivasi kepada kita semua.

Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sedekahyang paling utama ialah anda bersedekahketika anda sihat,rasa kedekut,masih mengharap untuk menjadi kaya, dan takut miskin
(Hadis riwayat Bukhari) 

Setiap hari pada pagi Jumaat saya akan menghantar sekurang-kuranngnya 30 bungkus nasi lemak di sebuah masjid di Seremban untuk bersedekah..Kebiasaanyaan saya atau ahli keluarga hanya meletakan pisang masak sahaja.Namun pada hari itu saya lewat sedikit kerana ada menguruskan hal lain.Sesampainya saya di masjid tersebut sudah masuk pukul 12 tengahari.Saya perhatikan ada seorang remaja yang menunggu betul-betul di pintu masuk bahagian dapur masjid.Untuk makluman masjid ni terletak berhampiran dengan sebuah Sekolah Menengah.Setiap hari Jumaat semua pelajar lelaki di sekolah ini akan solat berjemaah di masjid ini.







Berbalik kepada remaja tadi, selepas saya memberhentikan kereta saya dan meletakan bungkusan nasi lemak itu di atas meja, sekelipan nasi lemak itu habis direbut oleh setiap remaja lelaki yang duduk berhampiran pintu tersebut.Perasaan saya ketika itu sukar digambarkan, sama ada rasa gembira atau rasa pilu yang amat.

Bila saya nak melangkah masuk ke kereta seorang lelaki yang saya kira pangkat datuk kepada saya memanggil saya.Kata beliau, "terima kasih kerana menghantar nasi lemak disini.Sebab ada dikalangan budak sekolah ni anak yatim dan dari keluarga miskin.Walaupun ada bantuan makanan dari pihak sekolah, tapi kenyangnya kita pun tak tahu.Moga Allah limpahkan lagi reZeki anak."

Lepas je datuk tu cakap begitu saya terus minta iZin untuk keluar dari perkarangan masjid, kerana almaklumla saya sorang je perempuan disitu..heheh

APA YANG ALLAH TAHU KITA TAK TAHU

Saya pengusaha online dan menjual berbagai jenis produk kesihatan.Jika selama ni bisnes saya sunyi sepi tapi keesokan harinya pelanggan beli produk saya tak putus-putus..Alhamdulillah walaupun harga sebungkus nasi lemak tu cuma RM1 tapi Allah gandakan pendapatan saya hari itu dengan keuntungan melebihi dari yang sepatutnya..Setiap hari ade sahaja pelanggan yang beli.Jualan bersih saya selama 1 hari dekat RM1oo..




 Sedekah digandakan 700 kali ganda. 
 
Fadhilah bagi orang yang bersedekah amat besar sebagai mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadits. Jika kita amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan perkiraan melebihi 700 kalinya. Selain itu, mereka dijanjikan dengan kehidupan yang mudah:
 

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)

Nasihat saya kepada diri sendiri dan juga anda diluar sana nak bersedekah janganlah nak tunggu kaya sebab dalam reZeki kita sebahagianya ada reZeki orang lain juga..

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. betul tu, ringankan tangan menghulur walaupun kecil nilainya. Singgah sini & Follow blog ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudahan yang kecil itu besar manfaatnya..salam kenal awak ;)

      Padam