Apa Nak Buat Jika Terlupa Email dan Pasword Facebook?

Assalamualaikum..

Hadoi, sedih sangat-sangat bila terlupa email dan pasword untuk log in FB.Almaklumla dulu kerja sebagai Marketing perlukan akaun FB khusus, tak boleh guna Fb peribadi.Agak lama juga godek-godek untuk cari semula email tu.Kalau tak silap dekat setahun dah tak buka Fb tu..

Mesti korang tertanya-tanya kenapa nak buka semula Fb tu kan?Tak boleh ke biarkan je Fb lama tu tergantung sepi macam tu je?" Jawapannya tak boleh!! Kalau ada yang tak tak tanya pun kita tetap nak jawab juga..heheh.."Sebab Fb tu masih aktif sebab di tag oleh rakan-rakan lama serta masih lagi memberi sumber pendapatan pada majikan lama walaupun tak "log in"..

PELIK LAK BUNYINYA KAN..

Nama pun marketing kan, jadi sehabis baik, akan buat content yang menarik untuk "sale" dekat fb tu.Memang la tak banyak sampai juta-juta, tapi pernah masuk "Sale" ribu-ribu hasil daripada fb lama tu.Friend list pun tak ramai, tapi sebab dah buat marketing percuma dan berbayar sedikit sebanyak "laku keras" jugakla sales time tu..Walaupun dah setahun berhenti kerja, bila tengok balik conversation dengan pelanggan lama, masih ada lagi yang berminat nak dapatkan khidmat dari jualan fb tu.

NI BUKAN DENDAM EHHH

Pada Sis la kan, kalau dah majikan pun buat tak peduli dengan kebajikan pekerja, lebih baik tak perlu teruskan, betul tak?Sebab majikan tu tak nak bayar pun hasil daripada jualan yang dia dapat tu dari Fb tu lepas kita dah berhenti, Sedihnya..

Jadi daripada customer dok tanya-tanya pasal barang atau service tu tapi kita sendiri tak dapat nak tunaikan, confirm mereka akan marah..Jadi untuk me 'neutral' kan semula kerjaya baru (Masih lagi marketing..heheh) jadi kita pun "deactive" kan la Fb lama tu.

SEDIH TU KEJAP JE

Betul memang sedih, sebab pelanggan yg ada tu memang baik2 je..alhamdulillah lah tapi sebab cabang kerja sekarang dengan yg lama tak sama jadi terpaksa la buat keputusan untuk kebaikan kita dan bekas majikan.

Tapi yang bestnya, walaupun kita dah tak kerja situ lagi, tapi pelanggan lama ada je yg masih support Sis dalam kerjaya baru ni, termasuklah kawan-kawan tempat kerja lama..Kerja kat situ pun tak lama, tak sampai setahun pun, tapi pengalaman memang serius tak best..hahha, hamboi jujur.

Tak pela yang penting pengalaman kita tu..Kerja lompat-lompat ni tak bagus sebenarnya, tapi nak buat macam mana, rezeki untuk kekal lama setakat tu je.Daripada hari-hari asyik bergaduh dengan bos, lebih baik berhenti..

OPPPPS LUPE LAK NAK SHARE CARA UNTUK DAPATKAN SEMULA FACEBOOK LAMA ANDAI DAH TERLUPA EMAIL ATAU PASWORD FB

STEP 1
Yang pertama korang mesti pernah "recovery email" korang tu..Kalau yang tu pun korang tak buat, jangan teruskan STEP yang kedua..

STEP 2
Masuk dalam email yang korang dah "recovery email" tu kemudian klik kat situ, masukan email korang yg ada kena mengena dengan FB korang tu, then klik kat "forgot pasword" utk email tu dulu.

STEP 3
Log in di FB dan masukan email yang korang dah jumpa tu, kemudian klik pada "forgot pasword" di FB, then boleh la buka FB tu macam biasa.

MACAM MANA NAK BUAT "RECOVERY EMAIL" TU?

Haa masa korang nak register email kan, dorang ada minta  buat email tu 


Pergi kat bahagian ni bagi yang baru nak daftar email, dan 
masukan email yg korang nak recovery tu kemudian ikut la step yg seterusnya

Yang ni bagi korang yg dah ada email dan dah pernah buat
 "recovery email" masuk kat sini

Scroll sampai jumpa "Security Checkup" tu, 
then klik "Get Started"


 Lepas tu klik dekat "Sign-in & recovery"


Dan akhir sekali klik kat bahagian icon pen tu..

Penting untuk korang tahu sebab Fb yang dulu kalau kita lupa pasword kita kena regonized muka kawan-kawan Fb kita.Sekarang ni, funtion tu tak taw mana dia terselit.Jadi ni menjimatkan masa la, dari kena tunggu lama sangat kan.

Semoga bermanfaat






Catat Ulasan

2 Ulasan