Tak Suka Minum Air Masak? Cara ini mungkin boleh bantu anda untuk kekal cantik.

Assalamualaikum..

Ni memang satu masalah kat cik raha sendiri bila bab minum air ni.Tapi tak la kata tak minum air langsung, cuma bila rasa time "malas" tu datang, Cik Raha hanya minum air bila betul-betul dahaga je.Sekarang ni dah jadi macam satu tabiat pulak.Kekadang lepas makan nasi baru teringat yang cik raha belum lagi minum air.


Korang jangan ikut cara ni ye.Sebab tubuh badan kita ni memerlukan air yang banyak bagi memproses sistem pembuangan nyah toksin dari badan. Dah la malas minum air, bersenam pun ikut suka je jadi macam mana proses kitaran "pembersihan" tu nak berlaku ye tak?Walaupun fakta dah menyatakan, dengan meminum air kosong atau air putih sebanyak 3 liter sehari dapat mengembalikan keanjalan kulit dan nampak seperti awet muda sentiasa, tapi masih ramai lagi yang tak ambil tahu malah suka ambil inisiatif lain dengan memakan produk-produk kecantikan yang berlambak dipasaran. 
Jadi solutionya meh sini cik raha kongsikan sedikit info berkaitan dengan air ni.Mudahan dengan sedikit info ni dapat bantu korang yang susah minum air masak macam cik raha ni.
 

Hasil daripada carian cik raha, setakat ni di Malaysia memang belum ada mana-mana lagi "founder" yang mengeluarkan produk kesihatan menggunakan air buah dalam bentuk "mudah" minum untuk kesihatan badan dari hujung rambut sampaila ke hujung kaki.

Tetapi bagaimana pula untuk yang tak suka minum air macam cik raha ni?Mungkin ada rasanya ada cara lain bagi memastikan korang termasukla cik raha ini minum dalam jumlah yang secukupnya.

CARANYA:


1) Cari buah Strawberi, Oren, Avokado, dan Ceri.(Kesemua buah ni mengandungi air yang bagus untuk kesihatan badan). Blend kesemua buah tersebut secara berasingan.Kemudian masukan ke dalam botol lutsinar.Tak kisah lah botol apa.Selepas itu label la seperti gambar di bawah.


 
 Kredit photo : beauty and go drinks
 
2) Dah siap label tu simpan la dalam peti sejuk.Kalau kata hari tu skin korang tak berapa nak "oum" sangat almaklumla banyak aktiviti luar, Jadi buka peti ais dan capai la botol label " Skin Brilliance"

Kredit photo : beauty and go drinks

3) Tetiba pulak lepas makan korang teringat yang housmate korang kata muka dah "gemuk", then korang ambil la "Skin Detox" pulak.Minum je, tapi jangan lupa Bismillah.
Kredit photo : beauty and go drinks

4) Tengah belek-belek cermin nampak la wajah korang kusam dan tak berapa nak seri sangat, pergi dapur ambil la " Skin Revive" pulak.
Kredit photo : beauty and go drinks

Dah ada semua cara kat atas, tapi masih susah juga nak minum air.Apa kata korang cuba je iktiar yang terakhir ni. Mana tahu yang ni lebih berkesan pula kan?
                                         Kredit Photo : packagingoftheworld.com
 

Sebenarnya ni adalah produk yang dilhamkan khusus untuk kanak-kanak.Memetik daripada artikel (packagingoftheworld.com) .Menurut Kelly seorang pelajar kolej yang berusia 22 tahun ia adalah idea yang sangat hebat kerana sasarannya adalah kepada golongan kanak-kanak bagi mengurangkan masalah obesiti di AS.Dengan erti kata lain mengurangkan pengambilan minuman manis bagi kanak-kanak.
"Laporan Journal of Medicine, proses pemodenan, diet yang teruk dan kurang aktiviti fizikal menyumbang kepada pertambahan berat badan. Lebih 2 bilion kanak-kanak dan individu dewasa menghadapi masalah gemuk dan obesiti, malah mengalami masalah kesihatan akibat berat mereka. Amerika Syarikat (AS) mempunyai peratusan kanak-kanak dan remaja obesiti terbesar di dunia iaitu 13 peratus."

Jika dilihat pada label setiap botol tu pun kita dah rasa nak minum
sebab tertarik dengan bentuk label.Warna yang berbeza dan tidak membosankan mata nak melihatnya tu pun salah satu daya penarik juga..Dari segi rasa ianya mungkin sama macam air alkali tapi sebagai kanak-kanak ia memang sangat mengujakan bila dapat menikmatinya..

Diharap tips ini dapat membantu korang semua menikmati air masak tu bagi tujuan kesihatan dan kecantikan.

Terima kasih kerana membaca.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. terima kasih sudi singgah.Hajar minum berapa liter air sehari? ;)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah. lebih 2 liter sehari.

    BalasPadam
  3. wah..bagusla hajar ni.Harap boleh jadi contoh pada yang cik raha ye.

    BalasPadam